TokenPay

TokenPay – Wallet Installation / New Address / Backup [Malay]

By TokenPay Team | January 7, 2020, 5:50 PM

TokenPay – Wallet Installation / New Address / Backup [Malay]

TokenPay – Wallet Installation / New Address / Backup [Malay]

Apa khabar semua. Saya Ruben dan saya akan tunjukkan anda cara memasang dompet. Buat kali pertama anda perlu guna pelayar internet dan arahkan ke lelaman web www.tokenpay.com. Setelah anda log masuk dalam laman, dan arah ke “Wallets”. Dari halaman “Wallets” ini, anda boleh pilih dompet yang dikehendaki. 

Sebagai contoh, jika anda menggunakan telefon android, pilih “Mobile” dan “Android Wallet“. Jika anda gunakan Mac book, pilih dompet “Mac Wallet“. Dalam contoh selanjutnya, kita gunakan “Windows Wallet“. Saya akan memuat turun zip fail ke Windows. Pilih “Download”, dan kemudian pilih “Save File” ke Windows desktop sebab mudah di cari zip file ini. 

Anda perlu gunakan perisian unzip. Saya gunakan “WinRAR”. Muat turun pek percuma “WinRAR” jika anda tidak ada perisian unzip. Sekarang kita sudah hampir memuat turun fail tersebut. Sementara ini saya buat satu folder yang kosong. Saya akan namakan folder itu TokenPay Wallet

Setelah selesai muat turun satu folder kosong. saya akan meletakkan zip fail itu ke dalam folder kosong itu. Begitulah, kita tuju ke dalam folder kosong itu dan klik kanan zip file itu. Kemudian kita klik untuk keluarkan isinya. Begini caranya kita dapat dompet TokenPay di desktop kita ini. Klik kanan “TokenPay.exe” dan pilih “Run as” sebagai administrator. 

Sedemikian cara kita mulakannya untuk mempunyai dompet TokenPay yang berfungsi. Tetapi sebelum anda gunakan dompet atau alamat ini, saya menggesa setiap anda membuat satu salinan dan satu alamat baru. Bagaimana cara anda membuat alamat baru?. Untuk menjana satu alamat yang baru dan bukan dari “default address” atau “default stealth address”. 

Apa yang anda harus buat ialah anda pilih “Wallet Management” dan pilih “Add New Wallet” Kita akan beri namanya one Tokenpay video. Saya akan menambahkan satu kata laluan satu dua tiga empat lima dan anda tidak perlu ubah yang lain. Maksud saya jika anda mahu ubah bahasa itu terpulang kepada anda. 

Langkah seterusnya anda mempunyai satu frasa laluan permulihan, ini memang sangat penting dan perlu ditulis kata laluan dan frasa laluan. Saya menasihati anda supaya menulis di kertas dan jika ada sesuatu yang tidak diramalkan. Simpankan kertas itu di tempat hanya anda yang tahu. Anda boleh membuat dua salinan jika tempat yang anda tinggal terbakar atau serupanya. Anda masih ada salinan di tempat lain. 

Saya maksudkan senario yang buruk dan tidak dapat diramalkan. Jadi anda dinasihati menulis kata laluan dan frasa pemulihan diatas kertas. Langkah selanjutnya ialah mengisi frasa laluan. Jangan salin dan tampal seperti yang saya sedang buat. Baiknya anda tulis kan kata dan frasa laluan di atas kertas dan kemudian taip kan semula. Ini bagus caranya. 

TokenPay Staking Wallet – Create New Address
TokenPay Staking Wallet – Create New Address

Sekarang kita ke dompet, pilih “Receive”. Sekarang kita ada video TokenPay Default dan video TokenPay default stealth. Jadi untuk menggunakan alamat ini anda boleh pilih alamat dan klik kiri pilih “Copy Address”. Itu sahaja. Itu ialah alamat deposit anda. Jadi itu saja cara anda memasang dompet TokenPay dan cara menjana satu alamat yang baru. 

Jika anda ingin membuat salinan dompet ada juga cara yang lain. Anda taip “run” dan taip %appdata% dan kemudian arah bawah hingga anda sampai ke T kepunyaan TokenPay. Simpankan wallet.dat fail ini. Fail ini mengandungi kesemua data di dompet. Simpankan fail wallet.dat di dalam satu USB dan anda sentiasa boleh memulihkan dompet TokenPay anda Saya ingin menggesa anda membuat dua salinan dengan frasa pemulihan dan kata laluan. Untuk langkah keselamatan, saya mahu menggesa anda membuat dua salinan setiap satu.

Saya mungkin membuatnya keterlaluan sikit bila menggunakan USB yang harganya satu euro atau yang murah. Jika anda mempunyai jumlah TokenPay yang banyak, anda patut pastikan anda mempunyai salinan yang cukup baik. Itu sahaja cara cara yang ditayangkan. Semoga anda semua menikmati video ini. Pastikan anda ikuti saluran rasmi TokenPay untuk melihat lebih banyak video. Semoga hari anda hebat. Sekian sampai disini.

Enjoyed this article? Check out more English Tutorials or in our International category, and stay tuned to TokenPay.com for more updates.