TokenPay

TokenPay Cryptocurrency Wallet Syncing Troubleshoot Tutorial (Malay)

By TokenPay Team | January 12, 2020, 10:50 PM

TokenPay Cryptocurrency Wallet Syncing Troubleshoot Tutorial (Malay)

TokenPay Cryptocurrency Wallet Syncing Troubleshoot Tutorial (Malay)



Apa khabar semua. Saya Ruben dan saya akan tunjukan anda “wallet.dat”  untuk mendapatkan dompet TokenPay anda menyegerak lagi. Apa yang anda harus buat jika  dompet anda tidak menyegerak? Sila pilih ikon di “Windows” dan anda taip “run” dan selepas itu taip %appdata%,  dan seterusnya langkah ini akan membawa anda kemudi ke “Appdata” dan ke “Roaming”. Anda akan mengemudi sampai ke TT kepunyaan dompet TokenPay

Bila kita sampai  sini, anda harus buat salinan atau backup  “wallet.dat” fail. Jadi saya akan simpan salinan file ke sini atas “desktop”. Saya sangat  mengesyor kan anda membuat salinan dan menyimpan salinan ke dalam USB. Jika anda tidak tahu bagaimana membuat  salinan sila semak video yang lain dan saya akan berkongsi video berkenaan di akhir video ini.  

Setelah anda membuat salinan, anda boleh padam kesemua kandungan TokenPay folder.  Baik di sini anda padamkan semua. Pastikan TokenPay di tutup sebelum boleh anda padam folder itu. Oh ya tunggu dulu, saya ada folder yang masih digunakan. Jadi ini dia, kita boleh lihat sekarang folder itu telah dipadamkan dan  apa yang akan saya buat sekarang ialah saya akan buka dan jalankan perisian TokenPay

Sekarang TokenPay akan  membina folder yang baru secara automatik dalam AppData. Kita tunggu sehingga TokenPay  muat turun. Ini dia, sekarang kita kemudi balik ke AppData kita dan kita lihat disini TokenPay folder. Anda hanya perlu padamkan  fail wallet.dat yang baru itu. Dengan fail yang anda telah buat salinan dan ini inilah langkahnya. Sekarang kita buka dan jalan perisian dompet TokenPay. 

Dengan langkah ini, kita telah menjana satu  folder yang baru dan kemudian kita menggantikan wallet.dat fail yang baru dengan wallet.dat salinan fail yang lama  Sekarang kita sudah mempunyai dompet kita dan boleh melihat transaksi yang terbaru ini disini. Pada asasnya kita telah memperolehi dompet kita sekarang dan saya hanya tunggu  dompet ini menyegerak sepenuhnya. 

Dan selepas dua atau tiga jam lagi koin saya  akan menjadi matang dan mula “staking” lagi. Sekian inilah caranya untuk  menyelesai “wallet.dat”. Sekiranya cara ini tidak berjaya, ada sebahagian orang yang telah menyelesai isu  dengan mencuba VPN yang percuma. Gunakan IP yang berlainan. Saya pun ada gunakan purevpn tetapi ini bergantung  Kepada VPN mana yang akan anda gunakan. 

Jika anda masih menghadapi isu ini, anda boleh hubungi saya  di telegram. Di bawah keterangan ialah nama telegram saya. Sekiranya  anda tidak tahu bagaimana untuk memasang dompet TokenPay atau jika anda tidak tahu bagaimana untuk membuat salinan. Anda boleh mengikuti beberapa video  yang boleh didapati di akhir video ini. Inilah sahaja panduan saya. Semoga hari anda hebat. Salam sejahtera  .

Enjoyed this article? Check out more English Tutorials or in our International category, and stay tuned to TokenPay.com for more updates.